21 Feb 2013

Jom Buat Jelly!

Haaa...korang nak tahu cara buat jelly camane ehh? Meh kita kongsi same-same.....

Ikut turutan No. gambar yerr....

1.  Keluarkan rumpai tu dari bekas dan dengan lafaz Bismillah dan selawat, basuhlah rumpai tu di bawah air paip sambil korang ramaskan macam korang basuh beras. Basuh sampai 5,6 kali hingga bersih untuk hilangkan garam laut (warna putih) dan kotoran yang melekat pd rumpai tadi.

2.  Lepas dah bersih basuh tadi, korang rendamkan lah rumpai tadi sehingga ia kembang lebih kurang semalaman atau 6~10 jam.

3.  See....kan dah kembang tuuhhh...

4.  So, uolls toskan lah ia,nampak tak...ada air rendaman tu kan? Nak buang yerr....ehhh..ehhh..korang jgn buang tahuu...buat rendam kaki korang pulak...macam entri lepas tuhh...

5.  Masukkan rumpai yg dah kembang tadi tu dlm periuk, air mengikut sukatan  (jgn dok terlebih terkurang yerr) dan letakkan 2,3 lai daun pandan (untuk bg wangiiiii...)Masak dengan api sederhana selama 15 minit ataupun hingga korang nampak ia dh mencair gituuu....alaaa, macam korang masak agar-agar, tahuuuu?

6.  Korang kacau-kacaukan lah agar ia cepat mencair, lagi cepat keja korang,kan.?

7.  Bila dh mencair, tutuplah api tadi, dan biarkan seketika sebelum korang tapis kan jelly tu (utk hancurkan saki baki rumpai yg tak hancur dan kot-kot la ada habuk)

8.  Letak la dalam tupperware ke tipuware ke..boleh sajaa asalkan bertutup.

9.  Itulah dia jelly  yang korang usahakan masak dgn gigih tadi. Simpan lah jelly di dlm peti sejuk supaya jelly tak rosak/basi(berlendir)

Peringatan:  JANGAN TINGGALKAN SUDU DI DLM BEKAS JELLY, SENTIASA GUNA SUDU BERSIH UTK MENGELAKKAN JELLY ROSAK/BASI



Nampak tak sisa-sisa jelly tuh.... apalagi, korang amik lah ia tepek kat muka jadikan masker.  Rasa lah sendiri macamana bestnyer rasa bila pakai masker jelly KOLAGEN ni...SELAMAT MENCUBA!


Wajah yang telah disapukan jelly kolagen!



17 Feb 2013

Haiii......

Haaii semua....lamenya tak hapdate blog ni....aku sebenarnya teragaklah sibuk dlm urusan harian, urusan meniagalah, packing setok lah, pegi pasar borong lah...oppsss...busy sgt tu!weekends pun sibuk jugak. tapi kucuba juga dan menggagahi mereply semua mesej-mesej tak kiralah sms, wassap, email dan call kamu-kamu semua...sayang kamu semua!rasanya xde kot soklan kamu-kamu yg belum aii jawab,kan?

Esok dah keja semulaa...yeayy...kepada uolss yg dah bank in duit tuu, esok aii poskan yer...dh ada tracking no,  i give you! Malam nanti aku akan dengan gigihnya dan tekun membungkus barang-barang yang telah uollss order....ambooii, sabar yerr....!

Yang gigih mengorder Inchloss Lotion dgn Rumpai Laut tu, tunggu aii pos besok.Yer laa..aii tahuu laa kamu x sabar nak merasai kebagusan Inchloss Lotion dgn Rumpai Laut tuh.....tapi semalam dan arini kan abang-abang pos laju x kejaa, kena tunggu jugak besok.

11 Feb 2013

Jom Buat Masker!

Ingin memiliki kulit yang sihat dan wajah yang lembut serta tumit kaki yang kasar boleh jadi lembut semula, jom cuba cara ini :-

MASKER

  1. Wajah dibersihkan terlebih dahulu agar segala kotoran yg melekat ditanggalkan
  2. Bilas bersih-bersih dan lapkan dengan tuala sehingga kering. Lebih elok jika menggunakan tuala yang suam / wajah kita diwapkan agar liang pori-pori lebih terbuka.  Tekapkan tuala suam, dan biarkan beberapa minit.
  3. Ambil sedikit jelly kolagen (lebih kurang 1 sudu kecil) dan sapukan di seluruh wajah.
  4. Biarkan ia kering dan uolls akan merasai ketegangannya.
  5. Kalu ok dan selesa, biarkan lah semalaman atau boleh basuh selepas 30 min - 1 jam ataupun "up to you"! hehhehehe
  6. Bila nak cuci,gosoklah muka uolss dan rasailah sendiri perbezaannya...
  7. Amalkan sekerap mungkin! 

MASKER TUMIT KAKI YANG KASAR DAN MEREKAH 
Rumpai laut yang direndam semalaman airnya elok 
untuk rendaman kaki.

CARA - CARANYA :  
1) Ambil air rendaman yang di toskan 
2) Letak di dalam besen atau baldi 
3) Rendamkan kaki anda sambil santai 
4) 5 minit rendam pun dah nampak kesanya
5) Nak rendam lama-lama pun boleh
KESAN PENGUNAANYA :  
Kesan sekali cuba     :  kulit tumit halus
Kesan dua kali cuba  :  kulit tumit yang merekah berkurangan 
3 kali guna rekahan berkurangan
7 hari guna rekahan hilang serta halus 
Kuku kaki bersih dan cantik

MASKER KAKI
Sapu kollagen yang telah dimasak dibahagian tapak kaki
anda yang merekah setiap kali sebelum tidur.
Lakukan selama dua minggu dan lihatlah perubahannya.





PROMOSI FELINNA INCHLOSS LOTION

SPECIAL PROMOTION FOR CHINESE NEW YEAR 2013!!!!!!!!!!!

Promosi HARGA RUNTUH ♥
Pembelian 2 botol Felinna Inchloss Lotion 
pada harga RM 120.
Postage RM6.00
 JIMAT sehingga RM 30!!!
SUNGGUH JIMATTT!

Promosi bermula: 2 Febuari 2013 hingga 11 Febuari 2013 sahaja
  Promosi berlangsung selama 10 hari sahaja;)

CEPAATTT..CEEPAATT...JOM PAKAT ORDER, SEBELUM KEHABISAN STOK!

 

8 Feb 2013

Kongsi Petua!

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

[BOLEH MENGGUNAKAN INCHLOSS UNTUK SAPUAN DI WAJAH. SELAIN DAPAT MENYERIKAN WAJAH ANDA IA DAPAT MERUNCINGKAN WAJAH ANDA 
JUGA ;) ]

 

Amboiih..tiba-tiba promote INCHLOSS..hehheheh..mestilah, kan tengah PROMOSI TIME lagi kan??

6 Feb 2013

oH VCO!

cepatt...cepaatt...cepaatt...
sape yang belum grab lagi promosi yang akan berakhir ESOK...esok yerr..gosok mata laju...lajuuu..ESOK!
hanya tinggal sehari saje lagi sebelum promosi ditutup!

HARGA UTK 2 BOTOL : 
RM 75.00(SM)
RM 80.00(SS)

TERMASUK POS!!!!

2 Feb 2013

Perhatiannn....!!!!

Ammbooiihh.......tajuk, macam nak kasi gempak jer!
Betul la tuh...benda yang nak meletup mesti kena kasi kecoh sikit kan?
Okey...Jom kita tengok satu-satu....(ehh, macam banyak jerr ko nak bagitahu???!!)

Cerita 1 :  PROMOSI FELINNA INCHLOSS LOTION

SPECIAL PROMOTION FOR CHINESE NEW YEAR 2013!!!!!!!!!!!

Promosi HARGA RUNTUH ♥
Pembelian 2 botol Felinna Inchloss Lotion pada harga RM 120.
Postage RM6.00
 JIMAT sehingga RM 30!!!
SUNGGUH JIMATTT!

Promosi bermula: 2 Febuari 2013 hingga 11 Febuari 2013 sahaja
  Promosi berlangsung selama 10 hari sahaja =)

CEPAATTT..CEEPAATT...JOM PAKAT ORDER, SEBELUM KEHABISAN STOK!




Cerita 2 :  VCO Treena

Promosiiii!!!!
Bermula 1hb. Feb 2013 sehingga 7hb. Feb 2013
(7 hari sajer taauuu),


Pembelian 2 botol VCO Treenea pada harga berikut;-
RM 75.00 (Sem. Malaysia)
RM 80.00 (SS)
DENGAN POS PERCUMAA....!!!